kaWen + beRenti kiJe + taNgGungJawaB + kiJe baRu . . .

"kring.. kring.. kringg...", bunyi teleponku berdering. 03-61964000 nombor di skrin. "hurm.. line kl nie, mesti urusan bank ni". aQalku terlintas mengingatkan payment kete yg belum aku lunaskan untuk bulan ni. semua disebabkan ketiadaan masa untuk aku menjelaskan bayaran bulanan kete WKT449 aku ni. bukan takat bayaran kete jer, mcm³ bil lain aku x setlekan lagi coz ke'bizi'an kerja yg aku bebani di kilang...
"aSSalamualaykum. ni en Mohd Norazizi ker? sayup kedengaran suara gadis di corong telefon. "yer saya" jawabku pantas. di kepalaku dh tersiap sedia jawapan yg bakal aku berikan kiranya betul bank yg menelefon bertanyakan bayaran kete untuk bulan ni. "saya Syida dari UIA gombak untuk panggilan interview, khamis ni encik dikehendaki dtg ke sini utk ditemuduga jawatan.. bla..bla.. bla"

"hurm.. peluang interview lagi". kata hatiku yg agak biasa. teringat aku, 2 bulan lepas aku gi jugak interview utk jawatan yg lebih kurang di uitm shah alam. hati aku beria³ utk hadir temuduga di uitm tu, namun akhirnya tiada jawapan sehingga ke hari ni. kali ni aku diberi peluang sekali lagi, tapi perasaan beria³ utk pergi tu taklah terlalu sangat. mcm biasa³ jer.

mlm tu aku balik keje lewat lagi. letihnya badan. mcm ni la hidup aku kebelakangan ni. tugas sebagai 'asst programmer' memang menguji kekuatan diri utk meneruskan hidup, hehe. aku seronok keje di Samsung ni. bnyk perkara baru yg aku belajar. peluang utk sama³ bersaing dalam teknologi masa kini terutamanya proses SMT. mesin³ berteknologi canggih + mcm³ lagi. tapi ade masanya terlintas juga utk aku cari keje lain & lari dari semua ni... tapi ntah x tau mcm mane.

kesokkan harinya, aku kuatkan diri utk balik awal walaupun keje banyak lagi. alhamdulillah, Allah swt bukakan hati bos aku utk bagi balik awal. dia cover keje aku utk malam ni. sebenarnya aku nk shoping beli baju utk interview. hehehe. pagi tadi sempat aku bagi surat cuti kecemasan. ade urusan peribadi.. urusan ape? hehe.. rahsia. tolak cuti tahun lagipun. bukan menipu pun.

dipendekkan cerita.. alhamdulillah, 3 hari lepas aku diinterview. aku diterima utk bekerja di UIAM cawangan gombak. alangkah sukanya hatiku x terkira³ sukanya tu.. ape nth. aku x faham aku tulis ape ni. haha. tapi, kegembiraan itu hanyalah sementara. kini aku dibelenggu dgn pelbagai perkara yg bermain³ dibenak pikiranku.. uwaaaaaaaaa, nk menangis dibuatnya. "Ya Allah, aku hilang arah untuk dituju... keputusan apakah yg perlu aku buat nie" hehe, mcm teruk sangat la pulak.

14hb feb 2010. tarikh keramat utk diriku. aku bakal menamatkan zaman bujangku. yeay.. nk kawen. nk 70x ganda pahala utk setial amalan yg dahulunya cuma dapat 1 pahala jer. nk tundukkan pandangan yg selama ni terlalu 'ganas'. nk sempurnakan iman yg kelihatan semakin hari semakin goyah dihanyutkan arus dunia pada hari ini....

aku cuma ade 2 bulan lagi utk kawen. peluang utk tukar keje pun di depan mata. mcm mane ni, aku nak kawen lak tu. nk berenti keje ke tak nak??? inilah yg bermain dalam fikiran aku yg betul³ buat otak aku jem. istikharah dh banyak kali buat tapi x jugak jumpe jalan keluarnya. ujian ini sungguh berat utk aku tapi aku tau & yakin, semua tu atas ketentuanNYA. Sesungguhnya makhluk xde kuasa.. hanya Allah swt yg berkuasa utk menentukan baik & buruknya sesuatu keputusan. "Ya Allah, bantulah aku.. bantulah aku keluar dari kekusutan ini. sesungguhnya Engkaulah yg Maha Memberi Petunjuk untukku"
akhirnya..
aku nekad membulatkan keputusan utk berhenti kerja di Samsung dan mencuba nasib di UIAM. semua keputusan ni berkisarkan beberapa perkara yg memang dh lama aku fikirkan. aku bakal berkeluarga, masa utk bersama³ keluarga penting utk aku. duit tu lain kira coz aku yakin, kt mane aku berada, insyaAllah ade rejeki utk aku. aku still jugak bekerja cuma 'sen' dia kurang sikit ar. selain tu, keje baru aku di UIAM.. dulu masa form 4 teringat lagi aku, masuk sekolah teknik segamat. sebelah sekolah tu sekolah arab. rasa mcm terkilan x belajar utk masuk ke sekolah tu. tapi disebabkan minat dlm engineering aku teruskan ke teknik. so, insyaAllah aku sentiasa berdoa supaya aku dipilih olehNYA utk sama³ meningkatkan ilmu agama didadaku.

maksud firman Allah swt :

“...Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).”
(Surah a-Talaq: 2-3)

“Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya.”
(Surah al-Mukminun: 62)

21hb jan 2010 akhirnya aku kuatkan hati utk hantar notis berenti keje sebulan. dah plan sebaiknya, utk kawen dan start keje di tempat baru. mcm ni, campur cuti raye cina 3 hari + cuti kawen 3 hari maknanya aku ade 6 hari cuti berbayar. so, aku akan last keje di Samsung lebih awal. kawen 14hb 2 & start keje di UIAM pada 1hb mac 2010 (mintak delay coz nk 'honeymoon' sebulan.. hehehe)

pejam celik.. pejam celik, seminggu lagi aku akan menamatkan perkhidmatan di Samsung Electronics. hari³ terakhir berkhidmat, manager department en. Rahim belanja aku makan sedap³ bersama semua staff³ yg bakal aku tinggalkan nnti. sedey je rasanya, tinggalkan diorg dalam keadaan department yg sedang kelam kabut. banyak test run + new model. staff yg bakal menggantikan tempatku masih lagi dalam tempoh belajar. rasa bersalah yg teramat sangat.

hari³ yg kunantikan kini tiba, semua urusan terakhirku telahpun ku sempurnakan. penggantiku 'new asst. programmer' 70% telahpun kuturunkan pengetahuanku kepadanya. lepas ni, aku mengharapkan pengalaman sendiri oleh beliau untuk berdikari. belajar dari kesilapan. sepertimana aku masa mula³ masuk ke sana. basic³ je yg diajarkan kepadaku. yg lain semuanya berdasarkan pengalaman & 'try n error'. thanks to all yg banyak membantu aku menjadi pekerja yg boleh laa diharapkan kt sana. iye ke??

aku mengimamkan solat zohor di surau Samsung. dikesempatan tu jugak, aku ambil sikit masa buat 'announcement' memohon jutaan ampun & kemaafan diatas kesilapan lampauku bersama semua jemaah³ surau. kupinta mereka semua mendoakan & memudahkan urusanku menempuh kehidupan baru diluar sana. balik je dari surau, semua department aku serbu kecuali HR. semua rakan³, geng³ kete, mak³ org, abah³ org, manager³ aku jumpe, bersalaman ngn diorg buat kali terakhirnya di Samsung. if jumpe kt luar, korang jgn la lupe tegur aku...
kini, sudah 2 bulan aku bekerja di UIAM Gombak. segalanya baru, tempat keje baru, rumah sewa baru, pc baru, kawan³ baru, bos³ baru........ segalanya baru. kenangan³ lama masih segar di ingatan. kesibukan yg dulunya menghantui kehidupanku kini dah tiada. aku selesa keje di sini. berhadapan dengan peralatan³ makmal & jadual kerja yg lebih teratur & tersusun. alhamdulillah...