
Untuk renungan bersama . . .
Masri: Sudah-sudahlah tu, kata cinta kepada Allah.
Masri: Yelah, aku cinta dia kerana Allah, kenapa, kau tak percayakah?
Masri: Jangan dustalah Masri, kau cinta kerana Allah atau nafsu? Jangan kau nak dusta dengan aku, aku kenal dirimu sejak kau dilahirkan lagi.
Masri: Ya, cinta ku kerana Allah. Masakan tidak, aku mahu dia menjadi suri hidupku, bukankah dia wanita solehah, bukankah wanita solehah itu yang disuruh agama.
Masri: Yelah tu. Konon-konon cinta kerana Allah, kalau kau cinta kerana Allah, buat apa kau bermuram bila dia kata tiada masa untuk kau.
Masri: Ya, siapa tak sedih bila orang dicintai menolak cintanya. Masri: Itu namanya bukan cinta kerana Allah, FAHAM!
Masri: Apahal pulak, berapa kali kau nak aku ulang, aku mencintainya kerana Allah. Salahkah?
Masri: Bukankah dia meninggalkan kau untuk menjaga agamanya?
Masri: Kenapa kau tanya soalan itu?
Masri: Jawab sahaja soalan aku, bukankah dia meninggalkan engkau kerana agamanya?
Masri: Errr....
Masri: Jawab soalan aku! BUKANKAH DIA MENINGGALKAN ENGKAU KERANA AGAMANYA? Masri: Hmmm, ya, dia meninggalkan aku kerana mahu menjaga agamanya.
Masri: Bukankah dia meninggalkan engkau kerana mahu menjaga izzahnya sebagai seorang muslimah, sebagai seorang daie?
Masri: Ya, memang itu yang dia kata. Masri: Bukankah dia berpesan kepada engkau supaya meningkatkan mujahadah engkau supaya dapat melupakan dia?
Masri: Ya, itulah nasihatnya buatku.
Masri: Bukankah dia menasihati engkau supaya cepat-cepat bernikah sekiranya masih gagal melupakan dia?
Masri: Ya benar, itulah nasihat dia, dan nasihat itu sukar sekali aku lakukan.
Masri: Kenapa? Bukankah tadi engkau kata engkau mencintainya kerana Allah? Masri: Ya, benar.
Masri: Jadi kenapa engkau perlu bersedih dengan kata-katanya itu, Engkau patut bergermbira.
Masri: Kau gila! Kau gila! Kau mahu aku bergembira lepas dia menolak cintaku? Kau ini manusia yang tak ada perasaan.
Masri: Bila pula dia menolak cinta engkau?
Masri: Ya, dia menolak cinta aku, masakan tidak, dia menyuruh aku menikahi gadis lain secepat mungkin supaya dapat melupakan dia. Dia menjauhi diri daripada aku, dia tidak tersenyum apabila bertembung dengan ku, dia tak pandang langsung kepada aku hatta ketika di dalam rumah ku sendiri, jauh lagi dari mahu bertanya khabar. dan... dan.... ah bukankah itu tanda dia menolak cintaku.

Masri: Bukankah kau mencintainya kerana Allah?
Masri: Kau ni bebalke apa? Berapa kali aku nak jawab soalan tu, aku mencintai dia kerana Allah.
Masri: Kau bohong! Dia tidak pernah menolak cintamu, dia tak pernah membencimu. Dia yang mencintaimu kerana Allah!
Masri: Kau gila! Masri: Ya, dia mencintai kau kerana Allah. Kerana itu dia mahu menjaga izzahnya sebagai seorang daie, dia meninggakan engkau kerana mahu menjaga agamanya, imannya, maruahnya. Dia menasihati engkau supaya bernikah dan dapat melupakan dia. Dia menasihati engkau supaya bermujahadah untuk melupakan dia. Bukankah itu bukti-bukti dia mencintai engkau kerana Allah.
Masri: Ah! Kau gila.
Masri: Dia mahu kau selamat, dia mahu kau jadi daie, dia mahu izzah kau tidak terjejas, dia mahu kau berada di jalan lurus, bukan di awang-awangan lamunan cinta. Bukankan ini bukti cintanya kerana Allah?
Masri: Ah kau gila. Apa kau faham pasal cinta! Kau gila.
Masri: Ya dia cintakan kau kerana Allah, tapi kau! Kau dusta, kau bukan mencintainya kerana Allah. Kau cintai dia kerana nafsu! Nafsu lelaki yang mahukan perempuan.
Masri: Bangsat kau. Kau ingat aku lelaki macam tu.
Masri: Masakan tidak. Kalau kau cintai dia kerana Allah, kau mesti membantu dia menjaga izzahnya, membantu dia menjaga agamanya, imannya, maruahnya. Dan kalau kau cintai dia kerana Allah, kau kena dengar nasihat dia untuk bermujahadah melupakan dia, atau kalau kau masih gagal nak melupakan dia, bukanka dia telah mewasiatkan kepada engkau supaya mencari mana-mana gadis dan menikahi mereka supaya dirinya luput dari ingatan kau. BUKANKAH INI BUKTI KAU MENCINTAINYA BUKAN KERANA ALLAH !!
Masri: Ah! Gila! Gila! Gila!
Ya Allah ampuni diriku, jagalah izzahku, tetapkan aku di jalan yang lurus, tukarkan cintaku menjadi cinta hanya kepadaMU. ameeen ~
Sumber : Abu Usamah Mohd Masri